Apa Yang Baru?

Apa yg baru? Hurm... Terdapat beberapa bahagian baru dalam blog ini yang saya rasa ianya berguna kepada yang berminat membina robot dari mula hingga akhir.

Sebagai panduan, untuk membina robot, kita memerlukan beberapa kemahiran asas. Robot itu sendiri terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu mekanikal, elektrikal dan pengaturcaraan (programming). Beberapa slot baru yang akan dimasukkan ini akan menjadi panduan kepada anda dalam membina robot secara umum dan terperinci.

Antara bahagian baru yang akan dimasukkan ialah:
1. Arduino
- mungkin semua sedia maklum, teknologi microcontroller dari Atmel yang mengeluarkan single board computer dalam family bernama Arduino telah memasuki universiti, kolej malah hingga ke sekolah rendah. Arduino telah diperkenalkan dan ianya sangat mudah digunakan berbanding microcontroller yang lain.
- dalam slot ini kita akan belajar penggunaan arduino board family dari tugasan yang mudah hingga ke pertengahan.

2. CAD Software
- tak lengkap kalau dalam pembinaan robot tidak terlibat dengan komponen mekanikal. Untuk merekabentuk sesuatu robot, kita perlukan perisian CAD untuk memudahkan kita meletakkan komponen-komponen standard dengan komponen yang direkabentuk sendiri oleh pereka robot.
- CAD software yang dicadangkan ialah Autodesk Inventor Professional dan juga Catia V5.

3. Projek
- slot ini akan memaparkan beberapa projek yang diambil dari selian projek tahun akhir pelajar saya dan juga projek-projek lain yang difikirkan sesuai untuk dikongsi bersama.
- ianya akan menjadi panduan kepada anda semua dalam membina projek berasaskan arduino juga robotik.


Ulasan

Catatan Popular